http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1187914
PAU KUKUS TRADISIONAL (dari fotopage Rinn Chan)
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan (=I packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)
Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.
Resepi ni saya ambil dari fotopage Rinn Chan. Sorry ye saya copy paste resepi.
Thanks for sharing this recipe. First time buat memang jadi. Lembut dan gebu. Saya suka pau ni. Orang Merlimau panggil Kuih Kemohong. Saya buat inti kari dan kentang. Saya buat frozen pau untuk buat bekal anak2 ke sekolah.
aslm kak,macamana nakbuat pau frozen tu?
ReplyDelete